Tindakan undang-undang telah diambil oleh pihak pengurusan harta peninggalan Paul Walker terhadap seorang kenalan Paul selepas lelaki tersebut didakwa mencuri tujuh buah kereta mewah milik mendiang Paul Walker.
Richard Taylor telah mengeluarkan kenderaan tersebut secara haram iaitu kurang daripada 24 jam selepas pelakon popular Fast and Furious itu disahkan meninggal dalam kemalangan ngeri. Mahkamah Los Angeles memfailkan tuduhan terhadap dirinya atas kesalahan tersebut.
“Taylor sengaja mencuri dan menyembunyikan lokasi kenderaan tersebut dengan tujuan untuk menukar kenderaan terbabit demi kepentingan peribadi,” ulas peguam yang mewakili keluarga Paul.
Media antarabangsa melaporkan, walaupun rakannya itu sama-sama menjaga kenderaan tersebut dan kereta mewah lain semasa mendiang masih hidup, namun dia disaman kerena enggan memulangkan kereta demi kepentingan peribadi.
Sekurang-kurangnya 30 buah kenderaan mewah milik Paul Walker ditinggalkan antaranya adalah model Porche GT3 RS, BMW M3, Crown Victoria, GMC truck dan tiga lagi kereta mewah yang dicuri oleh Taylor. Walker meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Santa Clarita California pada 30 November 2013.
No comments:
Post a Comment