Kegilaan Miley Cyrus Berbogel
Tampil bertelanjang bulat dan berbogel untuk tontonan umum bukanlah satu frasa baharu dalam kehidupan penyanyi Miley Cyrus.
Dia yang kerap berbuat demikian telah kembali mencetuskan sensasi di kalangan peminatnya apabila tampil berbogel sepenuhnya ketika sedang bercuti di sebuah pantai, baru-baru ini.
Bergaya sambil tangan sebelah kirinya memegang kepala, Miley menulis, “stay fun or be lame #turntmermaid.”
Miley bagaimanapun menapis foto bogelnya itu dengan meletakkan sticker di bahagian-bahagian sensitif terbabit.
Belum lagi reda tentang pengakuan serta kemunculan Miley Cyrus berbogel untuk majalah Paper kini penyanyi yang membuat pengakuan tentang orientasi seksnya it u terus menggamatkan industri hubiran antarabangsa.
Penyanyi berusia 23 tahun itu sebelum ini membuat pengakuan dia merupakan seorang biseksual dan kini sedang bercinta dengan model kelahiran New Zealand, Stella Maxwell. Miley membuat pendedahan mengenai identitinya sebagai seorang biseksual kepada ibunya ketika berumur 14 tahun.
Dia memberitahu ibunya perkara itu semasa dia masih lagi terkenal dan popular sebagai Hannah Montana.
“Saya masih ingat, saya beritahunya mengenai perasaan saya terhadap perempuan sangat berbeza. Dia tanya apa maksud saya dan saya cakap saya suka perempuan sama seperti saya suka lelaki.
“Ianya sangat sukar untuk ibu saya faham dan dia tidak mahu saya dikritik dan tidak mahu saya ke neraka namun saya meminta dia untuk menerima saya seadanya,” kata Miley dalam sesi temubual untuk majalah itu.