Sekarang ONLINE

Saturday, September 12, 2015

10 Orang Dikatakan Bodoh Akhirnya Berjaya Di Dunia .j.


1. ADAM KHOO
Dia ini orang Singapura. Waktu kecil, khabarnya dia suka main video games dan menonton TV. Sehari dia boleh berada berberjam-jam di depan TV tanpa jemu.


Di sekolah Adam Khoo digelar rakan sebagai budak bodoh. Dia pernah disingkirkan dari sekolah kerana keputusan peperiksaannya yang sangat tak baik. Kerana tak ada sekolah yang mau menerimanya, dia terpaksa masuk ke sekolah yang punya rekod terburuk di Singapura. Kemudian ketika mahu masuk ke sekolah menengah, dia ditolak oleh enam sekolah terbaik di Singapura kerana rekod akademiknya yang buruk.


Kegagalannya dalam akademik tidak melunturkan semangat juang Adam. Dia berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang perniagaan dari peringkat bawah dengan cita-cita untuk menjadi orang kaya pada usia muda. Usaha bersungguh-sungguh Adam menampakkan hasil kerana ketika berusia 26 tahun dia telah memiliki empat perniagaan raksaksa dengan keseluruhan asetnya bernilai US$20 juta (RM60.21 juta).
2. ALBERT ENSTEIN




Siapa yang tak kenal Albert Einstein? Sehingga kini ramai ilmuan yang terlalu kagum dengan kepintaran luar biasanya yang menyebabkan dia pernah mendapat anugerah Nobel. 
Semasa kecil siapa akan menyangka seorang kanak-kanak yang kelihatan bodoh dan lambat boleh bercakap akan menjadi seorang manusia yang paling pintar di planet bumi? Siapa yang menyangka kanak-kanak pengidap autisme. sepertinya dan sering dimarahi guru kerana selalu lalai dalam pelajaran tapi hingga sekarang orang masih mengkaji bagaimana dia menjadi secerdik itu bila dewasa?

3. ARISTOTLE ONASSIS
 Aristotle adalah jutawan perkapalan Greece yang sangat terkemuka dengan kekayaannya yang sangat luar biasa. Di zaman persekolahannya dia dikenali sebagai kanak-kanak lembam di sekolah hingga pernah diusir dari beberapa sekolah. Di sekolah pula dia cuma mendapat tempat tercorot dalam kelas.


Akhirnya melalui usaha kerasnya di bidang perkapalan, Aristotle muncul sebagai jutawan terkemuka Greece dengan nilai kekayaan USD 2.1 billion (RM6.32 bilion)






4. THOMAS ALVA EDISON

 Suatu hari, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang telinganya sedikit pekak dan tak pintar di sekolah, pulang ke rumahnya membawa secebis kertas dari gurunya. Ibunya membaca kertas tersebut:

"Tommy pelajar yang sangat bodoh di sekolah, kami minta ibu untuk memberitahunya supaya tidak perlu datang lagi ke sekolah ini."

Si-ibu terkedu membaca surat dari sekolah itu, namun hatinya berkata, ”Anak aku Tommy bukan anak bodoh, biar aku sendiri yang mendidik dan mengajar dia.”

Siapa yang sebelumnya menyangka bahwa anak kecil yang telinganya sedikit pekak dan bodoh juga mempunyai gejala Autisme ini hingga diminta meninggalkan sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang saintis genius? Siapa sangka bila besar Edison muncul sebagai saintis terkemuka dunia yang mencipta lampu, ponograf dan kamera? Jawabannya adalah ibunya! Ibunya Nancy Edison tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah bahawa anaknya bodoh, dia sebaliknya mendidik sendiri Thomas untuk menjadi seorang saintis yang paling genius. Tanpa budak yang separuh pekak ini kita mungkin masih menggunakan lilin untuk menerangi malam kelam!

5. CHRIS GARDNER 

 
Christoper Paul Gardner juga tidak dilahirkan sebagai pelajar pintar ketika di sekolah. Kehidupan masa mudanya sangat sukar: kehilangan tempat tinggal, kerana kemiskinan ditinggalkan isteri dan ditangkap polis kerana dituduh mencuri. Walaupun dihina kerana tidak berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang untuk memadamkan penderitaannya. Kini dia menjadi seorang jutawan tersohor dunia melalui syarikat Gardner Rich & Co, sebuah syarikat perusahaan saham yang terkenal.





6. LUDWIG VAN BEETHOVEN
 Ludwig Van Beethoven berasal dari keluarga miskin. Kerana kemiskinannya, dia sendiri tidak dapat belajar seperti rakan-rakannya yang lain. Ketika usia Beethoven menghampiri tiga puluhan, telinganya tidak dapat mendengar dengan baik. Siapa sangka Beethoven yang tidak berpendidikan tinggi itu akhirnya muncul sebagai komposer teragung dunia dengan alunan musik kelasik ciptaanya yang sungguh merdu dan dimainkan oleh ahli-ahli musik sehingga kini?








7. LOUIS BRAILLE
 Louis Braille tidak pernah bersekolah. Pada usia 3 tahun matanya pula buta. Tapi keinginannya untuk menjadi manusia cerdik begitu kuat. Akhirnya dia berjaya mencipta huruf untuk membantu orang buta membaca. Huruf yang diciptanya dikenali sebagai huruf Braille mengambil sempena namanya. Sekarang siapa yang tidak tahu mengenai huruf Braille?










8. ABRAHAM LINCOLN

 Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani untuk gagal dan akhirnya dapat bangun untuk menebus kegagalannya. Lincoln berasal dari keluarga miskin Amerika dan tidak begitu pintar di awal persekolahannya.Beliau juga pengidap Autisme.. Dalam kehidupannya dia sering gagal: perniagaanya muflis, gagal untuk menjadi anggota Kongres dan pernah bertanding untuk menjadi presiden tetapi gagal. 

Akhirnya pada tahun 1860 berkat usaha bersungguh-sungguhnya dia dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang paling berjaya dalam sejarah Amerika.



9. BILL GATES

 Siapa tidak kenal Bill Gates? William Henry Gates III, atau lebih dikenali sebagai Bill Gates bukanlah seorang yang pintar semasa di awal persekolahannya. Dia memulakan kerjayanya dari peringkat paling rendah sebagai seorang pembantu pejabat (office boy). Cemburu dengan kejayaan rakan-rakannya dia berusaha keras untuk maju dan akhirnya bersama Paul Allen dia menubuhkan rangkaian Microsoft dan muncul sebagai orang terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut (1995 hingga 2007). Jika di negara ini ramai yang pencen sebagai Pembantu Pejabat, tapi Bill Gates dari seorang Pembantu Pejabat menjadi seorang yang terkaya di dunia.



10. MARK ZUCKERBERG
Mark juga bukanlah terlalu pintar semas kecilnya. Tapi dia berusaha untuk membaiki kelemahannya hingga dapat melanjutkan pelajarannya di Universiti Harvard. Di Harvard dia mencipta sistem rangkaian yang menghubungkan mahasiswa dan sedikit demi sedikit rangkaian itu dikembangkannya menjadi Facebook. Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook pada harga US$10 juta dan kemudian dari Yahoo yang juga mahu membeli Facebook pada harga US$100 juta.


Kini tiada siapa menjangka Mark yang tidak pintar ketika kecil akan muncul sebagai billioaire tersohor ketika baru berusia 27 tahun.

No comments:

Post a Comment