Sekarang ONLINE

Wednesday, September 2, 2015

Teaser Terbaru Star Wars: The Force Awaken Terima Sambutan Heba

teaser terbaru star wars the force awaken terima sambutan hebat

Teaser Terbaru Star Wars: The Force Awaken Terima Sambutan Hebat

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareShare on emaMore Sharing Services2,421
LOS ANGELES, 17 APRIL 2015: `Demam` Star Wars nampaknya kembali hangat dikalangan peminat-peminat francais filem ini apabila teaser terbaru filem tersebut, The Force Awaken telah mula ditayangkan bermula semalam.
Tambah mengujakan, kelibat dua watak ikonik filem ini iaitu Han Solo dan Chewbacca telah muncul di penghujung teaser tersebut.
Teaser ini adalah teaser kedua kepada Star Wars: The Force Awakens yang merupakan episode ketujuh kepada legasi Star Wars.
Berdasarkan teaser tersebut, ianya memaparkan pertarungan kapal angkasa dan aksi kejar-mengejar yang melibatkan Millennium Falcon sebelum berakhir dengan suara pelakon Harrison Ford sebagai Solo.
“Chewie, we’re home,” kata Solo dan disahut dengan ngauman Chewbacca yang tidak asing lagi sebelum trailer itu tamat dengan logo ikonik “Star Wars”.
Menjadikan teaser tersebut lebih epik, kedengaran petikan dialog antara Luke dan Leia yang diambil dari episod ke 6, Return of The Jedi di mana Luke memberitahu yang Leia adalah saudara kembarnya.
The Force is strong in my family.
My father has it. I have it....My sister has it.
And you have that power too...
Teaser tersebut didedahkan di Konvensyen Star Wars Celebration di Anaheim, pinggir Los Angeles.
Hashtag #Chewiewerehome dan #StarWars berada dalam senarai topik perbincangan di media sosial.
Filem tersebut bakal ditayangkan kepada umum pada 18 Disember depan.

No comments:

Post a Comment