Sekarang ONLINE

Sunday, September 20, 2015

Kegilaan Miley Cyrus Berbogel

kegilaan miley cyrus berbogel

Kegilaan Miley Cyrus Berbogel


Tampil bertelanjang bulat dan berbogel untuk tontonan umum bukanlah satu frasa baharu dalam kehidupan penyanyi Miley Cyrus.
Dia yang kerap berbuat demikian telah kembali mencetuskan sensasi di kalangan peminatnya apabila tampil berbogel sepenuhnya ketika sedang bercuti di sebuah pantai, baru-baru ini.
Bergaya sambil tangan sebelah kirinya memegang kepala, Miley menulis, “stay fun or be lame #turntmermaid.”
Miley bagaimanapun menapis foto bogelnya itu dengan meletakkan sticker di bahagian-bahagian sensitif terbabit.
Belum lagi reda tentang pengakuan serta kemunculan Miley Cyrus berbogel untuk majalah Paper kini penyanyi yang membuat pengakuan tentang orientasi seksnya it u terus menggamatkan industri hubiran antarabangsa.
Penyanyi berusia 23 tahun itu sebelum ini membuat pengakuan dia merupakan seorang biseksual dan  kini sedang bercinta dengan model kelahiran New Zealand, Stella Maxwell. Miley membuat pendedahan mengenai identitinya sebagai seorang biseksual kepada ibunya ketika berumur 14 tahun.
Dia memberitahu ibunya perkara itu semasa dia masih lagi terkenal dan popular sebagai Hannah Montana.
“Saya masih ingat, saya beritahunya mengenai perasaan saya terhadap perempuan sangat berbeza. Dia tanya apa maksud saya dan saya cakap saya suka perempuan sama seperti saya suka lelaki.
“Ianya sangat sukar untuk ibu saya faham dan dia tidak mahu saya dikritik dan tidak mahu saya ke neraka namun saya meminta dia untuk menerima saya seadanya,” kata Miley dalam sesi temubual untuk majalah itu.

Wednesday, September 16, 2015

10 kes sembunyi mayat dalam tong dram dan disimen sejak 1998

10 kes sembunyi mayat dalam tong dram dan disimen sejak 1998
Rekod di Bernama Library and Infolink Service (BLIS) menunjukkan sejak 1998 sehingga penemuan terbaharu hari ini, sebanyak 10 kes bunuh menggunakan modus operandi sama telah berlaku. -Foto Astro AWANI / Nabal Shah
KUALA LUMPUR: Penemuan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya pagi ini, sememangnya amat mengejutkan.

Namun modus operandi menyembunyikan mayat dengan menyumbatnya dalam tong dram dan kemudian disimen, bukan baru kerana sudah berlaku beberapa kali di negara ini.

Rekod di Bernama Library and Infolink Service (BLIS) menunjukkan sejak 1998 sehingga penemuan terbaharu hari ini, sebanyak 10 kes bunuh menggunakan modus operandi sama telah berlaku.

Berikut adalah rekod kes bunuh yang lain membabitkan mayat mangsa disembunyikan dalam tong dram bersimen sejak 1998:

* 11 Feb 2015, satu rangka manusia dipercayai mayat lelaki ditemukan dalam tong dram biru yang telah disimen di tepi kolam di Kampung Timah, Bukit Beruntung, Selangor dan dipercayai telah dibunuh sejak 10 minggu sebelum itu.

* 21 Mac 2009, polis menemui mayat lelaki yang dipercayai mangsa bunuh dalam tong dram berkonkrit di tepi jalan di Kampung Parit Punggur Darat, Muar, Johor.

* 29 Julai 2006, mayat tanpa identiti dan jantina yang tidak dapat dikenal pasti dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam tong dram yang berisi simen di sebuah tapak pembinaan di Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor.

* 16 Nov 2005, seorang lelaki yang dipercayai warga Pakistan dijumpai mati dibunuh dengan mayatnya disumbat ke dalam tong berisi air, disimen dan ditanam di halaman rumah sewanya di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.

* 25 Mac 2005, mayat lelaki warga Indonesia ditemui di dalam tong dram yang disimen pada bahagian atas dan bawah di kawasan belukar berhampiran Taman Nilai Perdana, Seremban, Negeri Sembilan.

* 9 Jan 2004, satu mayat yang sudah reput ditemui ditimbus dengan simen dalam tong besi di tepi Sungai Bonus di tapak projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mukim Air Panas, Setapak.

* 11 April 2000, mayat lelaki berusia lingkungan 40 tahun ditemui bersalut simen dalam tong dram di tempat pembuangan sampah di Kampung Hicom, Seksyen 28, Shah Alam.

* 29 Jun 2012, satu rangka manusia yang dipercayai dibunuh setahun lalu, ditemui di dalam tong dram bersimen oleh seorang pengendali jengkaut yang sedang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong, Kajang

* 9 April 1998, mayat warga Bangladesh dijumpai dalam tong dram yang disimen permukaannya di tebing sungai di Batu 9 Selayang, Kuala Lumpur.
Mayat Morais, ditemui kira-kira pukul pukul 6 pagi ini di taman perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Kelang, 13 hari selepas beliau dilaporkan hilang pada Jumaat, 4 Sept.

Polis telah menyifatkan kes pembunuhan Morais bermotifkan dendam dan berkait rapat dengan satu kes bicara yang dikendalikan Morais di Mahkamah Shah Alam, yang melibatkan kes rasuah seorang doktor berusia 52 tahun yang berkhidmat di sebuah hospital tentera di Wangsa Maju.

Tuesday, September 15, 2015

Cara Menghilangkan Nafas Dan Mulut Berbau

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
bersih mulut.
Dalam artikel sebelum ini telah diterangkan secara panjang lebar mengenai Punca Masalah Mulut Atau Nafas Berbau  (Klik Di Sini), maka kali ini seperti mana yang telah dijanjikan, ana bentangkan pula solusi atau cara mengatasi masalah mulut dan nafas berbau yang membebankan diri antum itu:
.
Apa patut antum lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?

Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah denganpelbagai tips di bawah ini
 .

1. Membersih Dan Memberus Gigi


Menjaga kebersihan mulut. Hal ini boleh antum lakukan dengan cara rajin memberus gigi secara teratur, baik dan menyeluruh serta menggunakan benang flos atau flos pakai-buang dengan betul.

Menjaga dan memberus gigi atau bersiwak harus sentiasa diamalkan sebaik habis makan, sebelum tidur dan bangun tidur atau sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan gigi berlubang dan mulut antum berbau.

Pastikan juga antum tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk bersiwak atau memberus gigi. Jangan lupa untuk menggunakan flos kerana jika antum memberus gigi tanpa menggunakan flos seolah-olah hanya membersihkan 70% gigi sahaja.

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwasanya Rasulullah bersabda: Siwak itu adalah menyebabkan sucinya mulut dan menyebabkan adanya keredhaan Tuhan.”(Diriwayatkan oleh Imam Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah)
 .
.

2. Membersihkan Lidah


Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah ketika menggosok gigi atau bersiwak.Antum bukan sahaja perlu menggosok gigi, tetapi perlu juga untuk menggosok bahagian lidah paling tidak 2 kali setiap hari untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Hal ini dapat membantu mengurangkan bakteria biofilm.

Ingatlah bahawa bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Banyak bakteria bersembunyi pada rekahan lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Lidah antum mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.

Antum boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, antum juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga lidah antum bersih.
 .
.

3. Meminum Banyak Air


Minum lebih banyak air dapat membantu antum menghilangkan ‘bakteria jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan meminum teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi ‘poleypehnols’, iaitu sejenis bahan kimia tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.

Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk didiami oleh bakteria ‘anaerob’. Jika antum mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau yang selalu bercakap, cara ini paling baik untuk memastikan mulut antum sentiasa berair.

Antum juga memang disarankan untuk meminum air masak paling kurang 2 liter (16 gelas) sehari. Ini tidak mustahil kerana antum hanya perlu minum segelas air setiap jam. Adalah lebih baik jika antum mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut antum akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari.
 .
.

4.  Susu Dapat Mengatasi Nafas Berbau


Jika antum meminum segelas susu, ianya dipercayai mampu mengatasi masalah nafas berbau busuk. Dalam satu ujian menggunakan bawang putih yang dimasak dengan susu, didapati tahap sulfur dalam bawang putih tersebut menurun sekaligus mengurangkan bau busuk.

Penemuan oleh Sheryl Barringer dan Aeerat Hansanugaran dari Universiti Ohio itu di muatkan dalam Journal of Food Science. Jelas mereka, meminum susu bersama bawang putih akan memberi kesan yang optimum. Campuran kedua-dua bahan tersebut di dalam mulut sebelum ditelan mampu meneutralkan bau busuk nafas berbanding minum susu selepas memakan bawang putih.
 .
.

5. Pemakanan

 

Masalah nafas berbau adalah kesan sampingan jika antum mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.

Hidup yang sihat juga adalah dengan mengambil makanan yang banyak mengandung vitamin E dan C, misalnya buah-buahan, sayur-sayuran. Misalnya: mangga, bayam, aprikot, bijirin gandum, susu soya dan oren.

Makanlah makanan yang sihat dan sedikit keras ketika sarapan kerana makanan yang agak keras seperti cornflakes, kekacang dan buah epal dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang.
 .
.

6. Elak Menggunakan Pencuci Mulut Beralkohol


Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut.

Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Antum dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur yang tidak mengandungi alkohol ini sekurang-kurangnya sekali sehari.
 .
.

7. Mengunyah Gula-Gula Getah


Jika antum tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), antum boleh mengunyah gula getah tanpa gula yang halal. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.

Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.
 .
.

8. Perihatin Pada Gigi Sendiri


Memeriksa gigi antum jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang (gingivitis, periodontal problem)

Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah

Ø  Gusi bengkak dan merah
Ø  Gusi mudah berdarah apabila disentuh
Ø  Radang gusi (gingivitis)
Ø  Nanah keluar dari gusi yang bengkak
Ø  Gigi berlubang dan bergoyang
Ø  Gigi sensitif
Ø  Sakit pada gigi ketika mengunyah
Ø  Terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kekuningan atau kehitaman di pangkal/leher leher gigi)

Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi antum dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut antum.
 .
.

9. Berjumpa Doktor Gigi


Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali. Selalunya antum tidak menyedari yang antum mempunyai masalah mulut, gigi dan gusisekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika antum telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius.

Doktor gigi boleh mengesan awal sekiranya antum mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk. Jika bau mulut antum disebabkan oleh penyakit misalnya jangkitan paru-paru, maka doktor akan memberikan ubat bau mulut yang lebih tepat.

Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Antum dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

Cara menghasilkan bau mulut yang segar dan sihat memang mudah dan tidak menggunakan bahan-bahan yang sukar yang boleh memudaratkan gigi. Antum harus perihatin kerana bau mulut juga sangat berkait dengan masalah gigi yang memberi pengaruh besar dalam kehidupan antum.Dengan adanya tips-tips di atas, mudah-mudahan masalah bau mulut antum boleh berkurang. InsyaAllah…

Selamat mencuba…

AirAsia umum promosi tambang rendah sempena Hari Malaysia

AirAsia umum promosi tambang rendah sempena Hari Malaysia
Syarikat penerbangan bersekutu bagi perjalanan jarak jauhnya, AirAsia X juga menawarkan promosi tambang sempena Hari Malaysia. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan promosi khas sempena Hari Malaysia pada 16 Sept ini dengan tambang termasuk semua daripada serendah RM45 sehala bagi tempoh penerbangan sehingga 29 Feb, 2016.

Ia adalah bagi destinasi seperti Alor Setar, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Baharu, Miri, Kuching, Tawau, Singapura, Ho Chi Minh City, Da Nang, Hanoi, Vientiane, Surat Thani, Changsha, Bangalore, Goa, Visakhapatnam dan banyak lagi.

Tambang promosi itu boleh ditempah dari 14 hingga 20 Sept di airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android, serta melalui laman mudah alih mobile.airasia.com., menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat penerbangan bersekutu bagi perjalanan jarak jauhnya, AirAsia X juga menawarkan promosi tambang termasuk semua dari serendah RM299 sehala ke Perth, Osaka, Seoul dan Busan, dengan tertakluk kepada tempahan dan tempoh penerbangan yang sama.
"Kami gembira untuk meraikan Hari Malaysia bersama-sama setiap rakyat dengan menyediakan tawaran hebat bagi pelbagai destinasi menarik di dalam dan luar negara untuk pelanggan kami," kata Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee.

Monday, September 14, 2015

10 Kereta Termahal Dan Termewah Di Dunia

Senarai 10 ini dinilai berdasarkan kemewahan, kelajuan dan harga. Kereta ini menjadi rebutan pengemar kereta kerana rekaan yang menarik dan kelajuan yang cukup padu. Ada sesetengah kereta dalam senarai ini hanya dihasilakn dalam kuantiti yang sedikit, ada juga kereta yang telah dihasilkan bertahun-tahun lamanya tapi masih menjadi antara kereta yang terlaju pada hari ini.
10.) Pagani Zonda C 12 F – RM2,207,831
10-Pagani-Zonda-R-Evo
Pagani Zonda mempunyai kelajuan maksima 346 km /jam dan mampu memecut 0 ke 60 mph dalam 3.5 saat. Kereta ini dihasilkan oleh sebuah syarikat kecil di Itali
9.) Ferrari Enzo – RM2,214,350
enzo
Ferrari Enzo merupakan antara kereta yang paling popular dalam dunia Super Car dan hanya 400 buah yang dihasilkan. Boleh mencapai kelajuan maksima pada 349 km/jam dan boleh memecut 0 ke 60 mph dalam 3.4 saat.
8.) MacLaren F1 – RM3,205,850
8.)    MacLaren F1
MacLaren F1 merupakan kereta terpantas dan antara kereta termahal apabila ia dihasilkan pada 1994. Selepas 15 tahun, ia masih lagi menjadi pencabar bagi Super Car yang lain.

7.) Hennessey Venom GT Spyder – RM3,635,500
7.)    Hennessey Venom GT Spyder
Kereta ini dapat memecut dari 0 ke 96 km/jam dalam masa 2.5 saat.
6.) Zenvo ST1 – RM4,048,625
6.)    Zenvo ST1
Zenvo ST1 boleh memecut 0 ke 96 km/jam dalam masa 2.9 saat. Kelajuan maksima Zenvo ST1 adalah pada 375 km/jam. Kereta ini hanya dihasilkan 15 units dengan rekabentuk yang sangat menarik.
5.) Maybach Landaulet – RM4,560,900
5.)    Maybach Landaulet
Kereta ini merupakan antara kereta mewah yang menarik di pasaran dengan ciri yang unik. Bumbung kereta ini boleh dibuka pada bahagian belakang sahaja dan fungsi ini sangat jaranf dimiliki oleh model kereta lain. Kereta ini boleh memecut 0 ke 96 km/jam dalam masa 5.2 saat.
4.) Lamborghini Reventon – RM5,288,000
4.)    Lamborghini Reventon
Boleh mencapai kelajuan 95 km/jam dalam masa 3.3 saat dan kelajuan maksima kereta ini adalah 339 km/jam.
3.) Aston Martin One-77 – RM6,114,250
3.)    Aston Martin One-77
Kereta ini hanya dihasilkan sebanyak 77 unit dengan spesifikasi yang tinggi dari Aston Martin. Dengan 750 kuasa kuda, kereta ini dapat mencapai kelajuan 0 ke 60 mph dalam masa 3.4 saat dan kelajuan maksima yang dapat dicapai adalah 354 km/jam.
2.) Bugatti Veyron Sports – RM5,618,500
2.)    Bugatti Veyron Sports
Kereta ini dapat memecut 96 km/jam dalam masa 2.5 saat dan dapat mencapai kelajuan maksima pada 430 km/jam. Bugatti Veyron sememangnya kereta yang terbaik pernah dihasilkan oleh Bugatti setakat ini.
1. Maybach Exelero – RM26,440,000
1. Maybach Exelero
Exelero merupakan kereta buatan German yang dihasilkan oleh Syarikat Maybach. Kereta ini boleh mencapai kelajuan maksima pada 351 km/jam dan boleh memecut 0 ke 100km/jam dalam masa 4.4 saat.

Cuba Dengarkan Lagu ini.. :) Borneo Rockers

https://www.youtube.com/watch?v=GZQCbEMmnFQ

Sunday, September 13, 2015

MANUSIA Laknatullah !!! Sangat Keji 'Alvin Tan' MENGHINA JEMAAH HAJI yang maut di Masjidil Haram

&#MANUSIA laknat! Itulah yang istilah paling sesuai untuk menggelar blogger kontrovesi, Alvin Tan. 
Susulan isu kemalangan kren yang tumbang di kota suci Mekah lewat petang semalam yang mengorbankan seramai 107 jemaah haji dari seluruh dunia telah diperkotak-katikkan oleh Alvin melalui laman sosial facebooknya.

Manusia bertopengkan syaitan itu ternyata sudah keterlaluan kerana dia juga telah menghina serta mempersoalkan kewujudan Allah kerana tidak menyelamatkan umatnya yang mahu mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.

Inilah ayat kurang ajar Alvin Tan ::


alvinwm1.png




alvinwm.png




WMOMEN.png


 107 umat Islam telah maut kerana kren pembinaan runtuh dan menimpa umat2 Islam yang sedang menunaikan haji di Mekkah. Kenapa Allah SWT yg Maha Besar dan Maha Berkuasa dan Maha Penyayang x mencegah kejadian tersebut? Curi tulang ke sadis ke x wujud sebenarnya?#‎FikirFikirkanlah #‎AllahBacul

Ternyata tindakan Alvin yang sememangnya suka mempermainkan isu sensitif yang melibatkan agama Islam ini sudah keterlaluan serta sudah berlebihan.
Status yang dimuat naiknya itu jelas dikecam oleh masyarakat di laman sosial. Tak pasal-pasal kena tarbiah dengan netizen.
Semoga Alvin terima balasan setimpal dengan tindakan serta perbuatannya yang suka menghina agama islam selama ini. -mynewshub

Saturday, September 12, 2015

10 Orang Dikatakan Bodoh Akhirnya Berjaya Di Dunia .j.


1. ADAM KHOO
Dia ini orang Singapura. Waktu kecil, khabarnya dia suka main video games dan menonton TV. Sehari dia boleh berada berberjam-jam di depan TV tanpa jemu.


Di sekolah Adam Khoo digelar rakan sebagai budak bodoh. Dia pernah disingkirkan dari sekolah kerana keputusan peperiksaannya yang sangat tak baik. Kerana tak ada sekolah yang mau menerimanya, dia terpaksa masuk ke sekolah yang punya rekod terburuk di Singapura. Kemudian ketika mahu masuk ke sekolah menengah, dia ditolak oleh enam sekolah terbaik di Singapura kerana rekod akademiknya yang buruk.


Kegagalannya dalam akademik tidak melunturkan semangat juang Adam. Dia berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang perniagaan dari peringkat bawah dengan cita-cita untuk menjadi orang kaya pada usia muda. Usaha bersungguh-sungguh Adam menampakkan hasil kerana ketika berusia 26 tahun dia telah memiliki empat perniagaan raksaksa dengan keseluruhan asetnya bernilai US$20 juta (RM60.21 juta).
2. ALBERT ENSTEIN




Siapa yang tak kenal Albert Einstein? Sehingga kini ramai ilmuan yang terlalu kagum dengan kepintaran luar biasanya yang menyebabkan dia pernah mendapat anugerah Nobel. 
Semasa kecil siapa akan menyangka seorang kanak-kanak yang kelihatan bodoh dan lambat boleh bercakap akan menjadi seorang manusia yang paling pintar di planet bumi? Siapa yang menyangka kanak-kanak pengidap autisme. sepertinya dan sering dimarahi guru kerana selalu lalai dalam pelajaran tapi hingga sekarang orang masih mengkaji bagaimana dia menjadi secerdik itu bila dewasa?

3. ARISTOTLE ONASSIS
 Aristotle adalah jutawan perkapalan Greece yang sangat terkemuka dengan kekayaannya yang sangat luar biasa. Di zaman persekolahannya dia dikenali sebagai kanak-kanak lembam di sekolah hingga pernah diusir dari beberapa sekolah. Di sekolah pula dia cuma mendapat tempat tercorot dalam kelas.


Akhirnya melalui usaha kerasnya di bidang perkapalan, Aristotle muncul sebagai jutawan terkemuka Greece dengan nilai kekayaan USD 2.1 billion (RM6.32 bilion)






4. THOMAS ALVA EDISON

 Suatu hari, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang telinganya sedikit pekak dan tak pintar di sekolah, pulang ke rumahnya membawa secebis kertas dari gurunya. Ibunya membaca kertas tersebut:

"Tommy pelajar yang sangat bodoh di sekolah, kami minta ibu untuk memberitahunya supaya tidak perlu datang lagi ke sekolah ini."

Si-ibu terkedu membaca surat dari sekolah itu, namun hatinya berkata, ”Anak aku Tommy bukan anak bodoh, biar aku sendiri yang mendidik dan mengajar dia.”

Siapa yang sebelumnya menyangka bahwa anak kecil yang telinganya sedikit pekak dan bodoh juga mempunyai gejala Autisme ini hingga diminta meninggalkan sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang saintis genius? Siapa sangka bila besar Edison muncul sebagai saintis terkemuka dunia yang mencipta lampu, ponograf dan kamera? Jawabannya adalah ibunya! Ibunya Nancy Edison tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah bahawa anaknya bodoh, dia sebaliknya mendidik sendiri Thomas untuk menjadi seorang saintis yang paling genius. Tanpa budak yang separuh pekak ini kita mungkin masih menggunakan lilin untuk menerangi malam kelam!

5. CHRIS GARDNER 

 
Christoper Paul Gardner juga tidak dilahirkan sebagai pelajar pintar ketika di sekolah. Kehidupan masa mudanya sangat sukar: kehilangan tempat tinggal, kerana kemiskinan ditinggalkan isteri dan ditangkap polis kerana dituduh mencuri. Walaupun dihina kerana tidak berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang untuk memadamkan penderitaannya. Kini dia menjadi seorang jutawan tersohor dunia melalui syarikat Gardner Rich & Co, sebuah syarikat perusahaan saham yang terkenal.





6. LUDWIG VAN BEETHOVEN
 Ludwig Van Beethoven berasal dari keluarga miskin. Kerana kemiskinannya, dia sendiri tidak dapat belajar seperti rakan-rakannya yang lain. Ketika usia Beethoven menghampiri tiga puluhan, telinganya tidak dapat mendengar dengan baik. Siapa sangka Beethoven yang tidak berpendidikan tinggi itu akhirnya muncul sebagai komposer teragung dunia dengan alunan musik kelasik ciptaanya yang sungguh merdu dan dimainkan oleh ahli-ahli musik sehingga kini?








7. LOUIS BRAILLE
 Louis Braille tidak pernah bersekolah. Pada usia 3 tahun matanya pula buta. Tapi keinginannya untuk menjadi manusia cerdik begitu kuat. Akhirnya dia berjaya mencipta huruf untuk membantu orang buta membaca. Huruf yang diciptanya dikenali sebagai huruf Braille mengambil sempena namanya. Sekarang siapa yang tidak tahu mengenai huruf Braille?










8. ABRAHAM LINCOLN

 Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani untuk gagal dan akhirnya dapat bangun untuk menebus kegagalannya. Lincoln berasal dari keluarga miskin Amerika dan tidak begitu pintar di awal persekolahannya.Beliau juga pengidap Autisme.. Dalam kehidupannya dia sering gagal: perniagaanya muflis, gagal untuk menjadi anggota Kongres dan pernah bertanding untuk menjadi presiden tetapi gagal. 

Akhirnya pada tahun 1860 berkat usaha bersungguh-sungguhnya dia dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang paling berjaya dalam sejarah Amerika.



9. BILL GATES

 Siapa tidak kenal Bill Gates? William Henry Gates III, atau lebih dikenali sebagai Bill Gates bukanlah seorang yang pintar semasa di awal persekolahannya. Dia memulakan kerjayanya dari peringkat paling rendah sebagai seorang pembantu pejabat (office boy). Cemburu dengan kejayaan rakan-rakannya dia berusaha keras untuk maju dan akhirnya bersama Paul Allen dia menubuhkan rangkaian Microsoft dan muncul sebagai orang terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut (1995 hingga 2007). Jika di negara ini ramai yang pencen sebagai Pembantu Pejabat, tapi Bill Gates dari seorang Pembantu Pejabat menjadi seorang yang terkaya di dunia.



10. MARK ZUCKERBERG
Mark juga bukanlah terlalu pintar semas kecilnya. Tapi dia berusaha untuk membaiki kelemahannya hingga dapat melanjutkan pelajarannya di Universiti Harvard. Di Harvard dia mencipta sistem rangkaian yang menghubungkan mahasiswa dan sedikit demi sedikit rangkaian itu dikembangkannya menjadi Facebook. Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook pada harga US$10 juta dan kemudian dari Yahoo yang juga mahu membeli Facebook pada harga US$100 juta.


Kini tiada siapa menjangka Mark yang tidak pintar ketika kecil akan muncul sebagai billioaire tersohor ketika baru berusia 27 tahun.