SEREMBAN: Bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang budak perempuan berusia 11 tahun pada 5 Ogos, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar berkata bayi itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 4 pagi Rabu akibat komplikasi usus dan penafasan.
"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya difahamkan bayi itu meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bahau dan telah selamat dikebumikan.
"Saya juga difahamkan kanak-kanak perempuan itu telah dibenarkan pulang ke rumah keluarganya (di Bahau) hari ini. Bagaimana pun, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan negeri akan terus memantau keadaannya," katanya ketika dihubungi di sini.
Pada 5 Ogos, seorang budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik swasta di Bahau, Jempol selepas mengadu sakit perut kepada keluarganya.
Doktor yang merawat kemudian mengesahkan murid tahun lima itu mengandung dan sakit kerana mahu melahirkan anak.
Kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke HTAN, Kuala Pilah.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar berkata bayi itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 4 pagi Rabu akibat komplikasi usus dan penafasan.
"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya difahamkan bayi itu meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bahau dan telah selamat dikebumikan.
"Saya juga difahamkan kanak-kanak perempuan itu telah dibenarkan pulang ke rumah keluarganya (di Bahau) hari ini. Bagaimana pun, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan negeri akan terus memantau keadaannya," katanya ketika dihubungi di sini.
Pada 5 Ogos, seorang budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik swasta di Bahau, Jempol selepas mengadu sakit perut kepada keluarganya.
Doktor yang merawat kemudian mengesahkan murid tahun lima itu mengandung dan sakit kerana mahu melahirkan anak.
No comments:
Post a Comment