Sekarang ONLINE

Tuesday, August 18, 2015

GAMBAR BUDAK 2 TAHUN MATI KENA DERA DI KEDAH

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya
budak 2 tahun mati di dera kedah
Kelihatan beberapa anggota keluarga melihat jenazah Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar yang berusia 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar – Foto&Berita :BERNAMA
Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang (Isnin,17 Disember 2012) ketika mendapat rawatan di sebuah klinik.Dipercayai ada unsur penderaan berdasarkan kesan lebam pada muka dan kecederaan pada testis
Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata dia menerima panggilan daripada anaknya, Norhafiza Osman, 25, yang memaklumkan mangsa terjatuh tangga dan dibawa ke klinik berhampiran
Padzilah berkata dia percaya cucu pertamanya itu meninggal dunia bukan disebabkan jatuh tangga tetapi didera teman lelaki anak perempuannya yang tidak bekerja
Padzilah juga berkata dia menjaga kanak-kanak itu sejak lahir lagi, dan ibu bapa mangsa berpisah ketika mangsa berusia lima bulan.
Difahamkan ibu mangsa mengambil anaknya seminggu atau dua minggu sekali sejak beberapa bulan lepas.
Ibu saudara mangsa, Norhanisha, 23, berkata dia dan ibu Muhammad Faiz, yang bekerja di sebuah kedai makan, pernah membuat laporan polis berhubung kes kanak-kanak itu didera teman lelaki ibu mangsa Ogos lepas setelah melihat kesan lebam, gigitan dan calar pada anggota badan kanak-kanak malang itu
Jenazah Muhammad Faiz dihantar ke HSB untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Akar Peluru di sini lewat malam tadi
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar DSP V.Saravanan ketika dihubungi berkata pihaknya menunggu hasil keputusan bedah siasat, dan jika terdapat unsur dera, lelaki terbabit akan ditahan untuk siasatan lanjut


Sumber infoharian.com: GAMBAR BUDAK 2 TAHUN MATI KENA DERA DI KEDAH 

No comments:

Post a Comment