PUTRAJAYA – Sebuah kereta mewah ditabur dengan daun kering dan tong sampah gara-gara menghalang laluan masuk/keluar kenderaan lain.
Kejadian itu berlaku di Hospital Putrajaya yang sememangnya mengalami masalah parking yang terhad menyebabkan ada segelintir pelawat yang datang mengambil tindakan mudah sehingga mendatangkan masalah pada orang lain.
Difahamkan, kereta itu dimiliki oleh seorang wanita Cina yang datang melawat adiknya yang dimasukkan ke Hospital Putrajaya.
Berikutan tiada lagi tempat untuk meletakkan kenderaan, wanita itu mengambil keputusan untuk meletakkan keretanya seketika di laluan masuk ke kawasan letak kereta bahagian atas berhampiran dengan Dewan Bersalin.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kemarahan pemilik kenderaan yang lain sehingga menaburkan daun-daun kering dan tong sampah di atas keretanya.
Atau untuk keselamatan yang lebih terjamin, pelawat bolehlah meletakkan kenderaan mereka di ruang Park & Ride Terminal Putrajaya dan seterusnya menunggu perkhidmatan Shuttle yang disediakan oleh pihak Hospital Putrajaya di tempat menurunkan/mengambil penumpang di terminal berkenaan. – THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment